Fizik pada Zaman Pertengahan Islam

Sains alam menyaksikan pelbagai perkembangan semasa Zaman Kegemilangan Islam (lebih kurang pertengahan kurun ke-8 hingga pertengahan kurun ke-13), menambahkan lagi bilangan hasil inovasi kepada Peralihan Klasik (seperti Aristotle, Ptolemy, Euclid, Neoplatonisme).[1] Semasa zaman ini, teologi Islam sangat menggalakkan pemikir untuk mencari ilmu.[2] Pemikir dari zaman ini termasuklah Al-Farabi, Abu Bishr Matta, Ibn Sina, al-Hassan Ibn al-Haytham dan Ibn Bajjah.[3] Hasil kerja dan ulasan penting ini adalah putik kepada perkembangan sains zaman pertengahan. Ia diterjemahkan kepada bahasa Arab yang merupakan lingua franca semasa zaman itu.

Kesarjanaan Islam telah mewarisi fizik Aristotle dari Yunani dan semasa Zaman Kegemilangan Islam, ia dikembangkan lagi. Walau bagaimanapun, dunia Islam sangat menghormati ilmu yang diperoleh daripada pemerhatian empirikal dan percaya bahawa alam semesta ini dikawal oleh satu bentuk hukum. Pemerhatian empirikal tersebut membawa kepada pembentukan kaedah saintifik yang paling awal.[4] Pembelajaran fizik dalam dunia Islam dikatakan bermula di Iraq dan Mesir.[5] Bidang fizik yang dikaji semasa zaman ini termasuklah optik, mekanik (termasuk statik, dinamik, kinematik dan pergerakan), dan astronomi.

  1. ^ Classical Arabic Philosophy An Anthology of Sources, Translated by Jon McGinnis and David C. Reisman. Indianapolis: Hackett Publishing Company, 2007. pg. xix
  2. ^ Bakar, Osman. The History and Philosophy of Islamic Science. Cambridge: Islamic Texts Society, 1999. pg. 2
  3. ^ Al-Khalili, Jim. "The 'first true scientist'". Dicapai pada 4 January 2009. Check |archiveurl= value (bantuan)
  4. ^ I.A., Ahmad (1995). "The Impact of the Qur'anic Conception of Astronomical Phenomena on Islamic Civilization" (PDF). Vistas in Astronomy. m/s. 395–403.
  5. ^ Thiele, Rüdiger (August 2005), "In Memoriam: Matthias Schramm, 1928–2005", Historia Mathematica, 32 (3): 271–274, doi:10.1016/j.hm.2005.05.002

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search